Pages

Monday, 28 February 2011

Perempuan yang kuat cemburu

Benarkah kerana cinta, pungguk merayu-rayu bulan? Benarkah cemburu tandanya sayang? Benarkah? Tapi cemburu pun harus bertempat bukan. Aku ni jenis yang kalau dah lama tak jumpa kawan-kawan lama, tambah-tambah yang baik dan rapat, sekali jumpa bakal terlampau-lampau teruja. This is bad. Aku harus mengawal rasa keterujaan tu lepas ni. Benci gila kalau kena kontrol-kontrol. Tak suka tau!



Kalau lama tak jumpa kawan perempuan, jerit-jerit peluk-peluk tak apa lagi. Kalau jumpa kawan lelaki jerit-jerit tak apa juga. Sebab kalau baik dah tahu perangai macam mana. Tapi masalahnya bila kawan-kawan tu dengan bini-bini mereka. HARU BEB! Maka terbuktilah betapa cemburunya hati sang isteri. Dengan aku yang kecik dan kebudak-budakan ni pun nak cemburu tak masuk akal tahu. Aku jumpa pastu macam gembira yang bersungguh-sungguh dan cakap lama gila tak jumpa kau, tak kan itu pun nak cemburu. Walaupun aku ni comel sikit tapi tak payah lah nak cemburu bagai, aku pun tak hingin laki hang tau! Wow kenyataan tak boleh belah haha.



Cuti haritu, aku ada jumpa kawan lama, diorang baru je kahwin baru 3 bulan tak silap masa tu. Aku bukan lah berniat nak merosakkan rumah tangga diorang ke apa. Kami keluar makan sebab tak kenal lagi bini dia tu. Maklumlah tak jumpa lama. Aku kalau jumpa orang macam biasa lah gembira semacam. Sebab kami kawan dulu, lama pulak tu baiknya suka duka semua ada, aku tumpang gembira lah sebab dia dah kahwin. Aku tak dapat pergi masa tu. Bukan aku pernah ada crush dengan laki dia ke apa nak cemburu.



Kau tahu apa bini dia buat? Dia buat tak layan je aku. Muka jangan cerita lah masam semacam. Macam aku kesah pulak kan. Mentang2 dia lagi tua dari aku dan dah kerja so macam berlagak gila. Aku nak je cakap aku kenal mamat ni lagi lama dari kau kenal dia jangan nak berlagak sangat dengan aku. Siapa girlfriend2 dia sebelum ni? Mana dia pergi? Semua cerita dia ada dalam poket aku ni. Tapi ye lah tak sampai hati pulak kan. Last-last kawan aku minta maaf kat kami, pasal bini dia macam tu. Aku cakap dengan kawan aku tu kalau kau nak jumpa kami jangan bawak bini kau sekali, or else tak payah jumpa terus.



Patut hargailah aku ni, i mean kawan-kawan lama suami yang dah lama kenal perangai sang suami tu macam mana. Yang bersusah senang dengan si suami masa susah dia, masa senang dia dulu. Masa bila si suami tu baru nak bertatih-tatih kenal dunia, sampai sekarang dah berjaya dah senang. Kami ni lah yang bersengkang mata dengan masalah-masalah beliau dulu. Sekarang, bila dia dah senang, kamu dah dapat dia maka kamu suruh dia lupakan kami, kawan-kawan lama dia ni? Kecik hati kami tau sob sob.



See? Such a mess. Kerana seorang perempuan, si isteri, persahabatan kena tolak tepi? Kita sebagai wanita ni kebahagiaan suami tu kan kebahagiaan kita juga chewaaah. Apa salahnya suami ada kawan gadis comel? He's yours anyway. Kan? Lainlah kalau si isteri tak percayakan suami sendiri. Itu dah lain cerita. Nampak kan kat mana sebenarnya masalah tu timbul? Kepercayaan. Trust - that's a BIG word.





p/s: I may be the smallest one, but I'm full of experiences, history. You bet. But everyday is a good day. We made a mistake, we learn.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com