Pages

Wednesday 26 January 2011

Kebahagiaan umpama api yang membakar!

Jessica termengah-mengah berjalan menyaingi Melissa. Tangan kiri dan kanan kedua-dua sahabat itu penuh dengan barang-barang shopping. Melissa memperlahan langkahnya.


"Kalau ya pun excited jalanlah perlahan sikit Lisa. Aku dah letih tau tak. Semalam beria-ia tak nak ikut, sekali dia yang lebih" marah Jessica. Penat dia mengejar Mellisa kesana-kemari membeli belah.

"Aku bukan apa, nanti petang dah nak balik. Aku takut tak sempat nak beli barang nanti banyak lagi belum beli ni. Tahu je lah bos kau Zarul tu, kalau dia kata balik pukul 5, pukul 5 lah jawabnya.

Jom aku belanja makan" kata Melissa.

"Macam ni lah baru kawan!" Jessica jerit gembira.

"Tapi lepas makan kau kena teman aku jalan-jalan lagi tau"

"Tak ada masalah!" Jessica senyum.


Tiba-tiba Melissa terpandang sebuah Evo putih diparking di depan kedai berhadapan tempat mereka berdiri. Melissa kenal benar kereta tu, tuannya apatah lagi. Jessica yang perasan kekakuan Melissa turut sama memandang.


Haikal!


"Kau kata Haikal balik kampung? Macam mana kereta boleh tersadai kat sini?" Jessica terburu-buru tanya.

"Entah. Semalam dia kata nak balik kampung" Melissa tak sedap hati. Tanpa sedar kaki melangkah melintas jalan. Sampai di sana, dia tercari-cari Haikal. Di satu sudut, Haikal sedang makan sambil bergelak ketawa bersama seorang wanita. Dia masih tak perasan Melissa yang sedang memandang. Dia bergegas mandapatkan Haikal.


"Hi Haikal!" Melissa senyum.

"Err..hai" Haikal yang terkejut berpura-pura tersenyum. Kelat.
"You buat apa kat sini?" Tanya Haikal

"I ada trip dengan officemates." Jawap Melissa sambil memandang gadis yang duduk di kerusi bertentangan dengan Haikal.

"Oh, kenalkan ini Amani"
"Amani ini Melissa"

Lisa menghulur tangan bersalam.

"Amani Dato' Rashid. Merangkap girlfriend Haikal. Dan untuk pengetahuan you, kami kenal masa Haikal belajar dulu, kan sayang?" Amani melirik Haikal. Melissa terkedu.

Tak mungkin! Kata hati segera berkeras menidakkan. Dia menunggu tindak balas Haikal, dia menunggu Haikal berkata tidak, tapi Haikal hanya diam.

"Kalau macam tu I tak nak kacau you all lah. Kami balik dulu" Keras dia menarik tangan Jessica yang juga terkedu. Jassica cuba untuk buka mulut tapi dihalang Melissa. Cepat-cepat Melissa keluar, menahan hati. Dia mahu balik. Dan yang penting dia mahu lupakan Haikal.



"Melissa! Lisa! Tunggu!" Haikal berlari-lari mendapatkan Melissa. Melissa masih berjalan, menoleh sekilas pun tidak. Dia tak mahu ada kaitan lagi dengan manusia bernama Haikal.

"Lisa! Lisa! Tolong jangan pergi! I sayangkan you" Haikal mula tersepit. Dia mula rasakan yang dia tak akan dapat melihat Melissa lagi. Dia sayangkan Melissa. Mana mungkin dia melepaskan Melissa pergi. Melissa kekasih pertamanya. Melissa yang ada masa dia susah. Melissa yang banyak membantu dia dulu. Melissa adalah segala-galanya. Tetapi dia juga cintakan Amani.


Langkah Melissa terhenti. Dia menoleh.

"You kata sayang Haikal? Macam ni cara you sayang I? Apa salah I Haikal? Apa salah I?"

Haikal diam.

"Mana janji-janji you Haikal? Cepat benar you lupakn semua tu. Sudahlah Haikal. You dah tak perlukan I lagi. Dan you, dah tak ada hak dengan kasih sayang I."

Haikal terkaku. Melissa dah ada kata putus, dia tak mampu buat apa-apa. Rasa bagai dicarik-carik tapi dia hanya mampu melihat Melissa melangkah pergi. Melissa menahan sebak. Kasih yang dibina bertahun-tahun hanya menanti belah. Sekelip mata Haikal berubah. Dan dia salahkan diri sendiri kerana tak sedar sejak bila Haikal mula berubah. Dan dia salahkan diri sendiri kerana tak mampu membahgiakan Haikal. Walaupun selama ini dia seorang yang cekal dalam menghadapi sebarang dugaan tapi kali ini dia terpaksa mengaku kalah. Siapakah yang bersalah? Dia? Atau Haikal?


Terlalu tinggi harapan dia untuk Haikal sehingga tidak sedar yang dia akan dilukai. Terlalu agung kasih sayang dia untuk Haikal sehingga tidak sedar yang Haikal akan pergi jauh darinya.
Apakah yang akan terjadi kepadanya nanti? Bagaimana dia mahu meneruskan hidup tanpa Haikal disisi? Dia sendiri tak ada jawapannya.


Dari jauh ada insan yang memerhati adegan tersebut, dia mengeluh.



Zarul!






p/s: aku tengah mengusahakan novel cinta kasih sayang sejak 4 tahun lepas. Tapi tak siap-siap. Ini salah satu scene dalam novel aku yang tak siap-siap tu, part yang paling aku suka haha. Ada banyak lagi yang aku kena improve.

p/s/s: Character yang aku buat serabai gila, kan? Aku tak dapat nak melemah-lembutkan lagi my girl Melissa dan aku tak dapat nak 'in' lagi watak Haikal, kasi lagi real sebab aku tak suka dia, dan Zarul, OhMyGod, I love Zarul so much! Zarul will be the Price Charming for all gadis-gadis remaja, told ya! *wink*

2 comments:

miko si maruku said...

ada lagu tema x...slalunya akan ada satu lagu yg remind suma skali dlm sesebuah cerita tuh..hehe

Zulikha Syed said...

oh belum ada..pembaca boleh nyanyi sendiri je lah ikut suka haha

 

Blog Template by YummyLolly.com