Pages

Sunday, 12 September 2010

Lagu-lagu cinta sebagai hantaran.


Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Di tangan-Mu Tuhan kusandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya..

Lagu: Nur Kasih.




*Bila otai nyanyi lagu nasyid* I was like terlompat omak kau terkejut. I was like you know this song? Then sing it? Well?! Hapal sebaris-sebaris, word by word okayyy! O!M!G! Ada dua tiga lagi lagu nasyid, live, tapi lagu ini yang paling buat aku terlompat terkezutttt! Lagu lain aku tak ada lah nak heran sangat dah biasa tapi bila dah sampai layan nasyid, memang pelik.



Biarlah aku berterus terang kat sini sebelum korang tanya banyak, untuk sahabat-sahabat yang sangat mengambil berat pasal aku, pasal 'us', terima kasih (terharu sob sob). The truth is, Mr. Bake p.e.n.g.s.a.n seminggu sebelum dia pergi ambik aku. Dan aku tak tahu apa-apa sebelum aku balik, mungkin sebab aku exam jadi tak ada siapa sudi nak begitahu aku. Pengsan sebab rasa sakit kat dalam perut is not funny at all!



Aku tahu pun secara kebetulan je masa pergi beli barang-barang, sebab perut dia sakit lagi masa tu. Ter-tahu. I cried silently, slowly. Budak manja yang tak tahu malu memang tak boleh nak tunggu lain kali baru nangis, kat situ jugak lah nangis aku peduli apa. Aku kata buat lain kali, dia tak mahu. Rasa risau aku mengatasi kegembiraan aku. Sebab bila aku ingat pasal semua tu aku jadi teringat nanti nak kena pergi jumpa doktor lepas raya. Can you imagine how bad it is?!



Jadi ya, begitulah kenapa there is no pics, no latter, not a thing. Begitulah kenapa aku macam tak eksited sangat macam biasa, tak gembira sangat. My bad. Sempena Syawal ni 'kami' minta maaf banyak-banyak kat semua orang huuu tak kisah lah korang nak maki hamun aku sebab make it too private ke apa. Hanya doa-doa kamu yang aku perlukan, itu dah cukup. Doakanlah semua baik-baik saja. Boleh?





p/s: bagi aku sedikit masa untuk terima hakikat semua yang berlaku ini bukan mimpi. I have to admit it. This ain't easy for me *sigh

p/s/s: terima kasih dan maaf, untuk kesekian kalinya.

p/s/s/s: aku belum bersedia dengan sebarang komen atau kutukan. Harap maklum.

 

Blog Template by YummyLolly.com