Pages

Sunday, 19 September 2010

Home is where the heart is

Macam mana lah hidup Zaim tanpa aku.



Haritu masa aku mula-mula balik Zaim semangat betul. Aku sampai malam, dia belum tidur lagi sempat main dengan dia kejap. Pagi esoknya dia bangun, soalan pertama yang dia tanya emak dia 'Kak Julie ada?' Lepastu dia datang rumah aku, sampai-sampai je tanya emak aku Kak Julie mana.



Kalau abang dia nak dukung dia dia tak mahu, sebab dia kata nak dukung dengan Kak Julie. Kalau aku tidur dia pergi kejut suruh bangun. Zaim sopan je orangnya. Dia tak nakal walaupun baru 2tahun 2bulan, Cuma degil sikit je, manja banyak.



Masa aku basuh pinggan ke buat apa-apa kat dapur, dia pergi nanti dia panggil-panggil, Kak Julie Kak Julie. Dah letih jawab ya pun panggil gak. Saja je nak main-main. Kalau dia nak mintak nasi atau nak balik dia akan tanya dengan sopannya, 'nak nasi boleh?' atau 'nak balik boleh?' Comel je.



Aku dah rindu Zaim.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com