Pages

Sunday, 15 August 2010

Ada satu cerita

Assalamualaikum dan salam Ramadhan untuk semua.

Ada satu cerita, yang dimulakan dengan pada suatu hari..



Aku pergi jalan-jalan, bila masuk waktu Zohor pergi sembahyang. Lepastu aku tunggu kawan aku bersiap, kat luar ada kerusi boleh duduk. Aku pun duduk situ. Tempat ambik wuduk kat surau tu dekat betul dengan pintu. Maksudnya bila orang buka pintu besar-besar memang boleh nampak kita tengah ambil wuduk.



Aku duduk atas kerusi kat luar. Orang-orang kat dalam, yang nak ambil wuduk. In between ada orang keluar dan masuk. Kat luar lagi sebab surau tu tersorok sikit jadi tak ada orang lalu sangat, tapi masih ada pekerja lelaki yang tengah buat kerja kat luar masa tu. Dan kami perempuan.



Ini masalah yang timbul. Orang yang masuk dan keluar tak reti-reti ke nak tutup pintu dengan betul? Aku dah macam jaga dah tolong tutupkan pintu kalau rasa besar sangat orang buka. Ada yang bila keluar/masuk je bukak pintu besar-besar sedangkan dia nampak ada orang tengah ambil wuduk dan ada laki-laki dekat luar.



Semasa aku duduk situ, kalau kira nisbah dalam 50 orang, 10 orang je yang tutup pintu tu, dan mungkin dalam 5 orang je yang tutup rapat-rapat. Mungkin benda ni benda kecik dan ramai yang tak perasan dan mungkin aku pun tak perasan benda ni dulu. Tapi itu lah benda kecik macam ni pun kita boleh terlepas pandang.



Lagi satu tiba-tiba datang seorang wanita. Aku cuba untuk menulis secara general. Dia sorang je, dia free hair, baju nak-nak sampai tak cukup kain kira kalau kita tengok macam nak pergi konsert Linking Park lebih kurang. Dia masuk dalam surau tu aku ingat dia nak tunggu kawan dia, sekali aku tengok dia ambik wuduk. Pergh masa tu aku malu kat diri aku sendiri, malu kat orang tu, dan malu kat Tuhan.



Dan lagi satu yang paling penting, dia adalah antara orang yang tutup pintu tu rapat-rapat!

2 comments:

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

huhu...kekadang apa yang kita nampak kt luaran tuh tak sama dengan dalamannya..huhu...

renungan bersama..kite jangan judge orng ikot dr segi luarannya..dalamannya kadang2 lebih baik dari kite..=)

Zulikha Syed said...

ye betul tu. tapi realiti biasanya macam tu lah..

 

Blog Template by YummyLolly.com