"Manusia ialah khalifah Allah yang mempunyai kewajipan kepada makhluk yang lain. Kita harus berlaku sopan bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada makhluk Tuhan yang lain seperti tumbuhan dan binatang. Cuba kita fikir, daun-daun mati yang berselerakan itu juga berbakti pada kita. Ia reput, menjadi baja semula jadi untuk menyuburkan tanaman. Cacing yang kita anggap jijik itu sebenarnya berguna untuk meyuburkan tanah. Ikan-ikan di sungai dan laut juga berbakti untuk kita. Kalau sehelai daun dan seekor binatang itu begitu penting dalam kehidupan manusia, apatah lagi ahli keluarga sendiri dan sahabat handai. Memaafkan kesalahan orang lain memang susah. Hanya insan berhati mulia sahaja yang sanggup. Kemuliaan kita tak akan pudar kalau kita memaafkan orang. Malah kita mampu membuat mereka sedar dengan memberi ruang kepada mereka merenung kedalam diri mereka sendiri apa yang telah mereka perlakukan kepada kita selama ini."
Wahai kawanku
Janganlah menghina dan mencela
Tuhanmu dan Tuhanku satu
Wahai bidadari janganlah kau berpaling lagi
Seandainya kau melangkah pergi
Duka ku tak tersembunyi tak rela disaksi
Janganlah menghina dan mencela
Tuhanmu dan Tuhanku satu
Wahai bidadari janganlah kau berpaling lagi
Seandainya kau melangkah pergi
Duka ku tak tersembunyi tak rela disaksi