Pages

Tuesday, 20 April 2010

On Kempen: Kembalikan Semula Ke Tempat Asal



Kalau sebut je perkataan 'shopping', memang sangat sinonim dengan kaum hawa. Shopping dan kaum wanita boleh diibaratkan bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku. Tapi itu mungkin dulu. Sekarang zaman dah berubah, arus globalisasi menghangat, melemparkan auranya dimana-mana. Kaum adam juga tak lari daripada syndrome ini. Tapi mungkin cara kadua-duanya menghabiskan masa membeli-belah agak berbeza, tempat tujuan juga berlainan. Sebab utama adalah minat.



Mungkin kaum hawa lebih tertumpu ditempat-tempat tertentu contonya gedung pakaian, pasar-pasar dan sebagainya maklumlah suri rumah haha. Tetapi mengikut arus peredaran, lelaki juga semakin ramai yang mula melibatkan diri dalam aktiviti ini. Mungkin kebanyakan mereka menghabiskan masa menilai gadget-gadget keluaran terbaru, kereta-kereta keluaran terbaru dah sebaginya. Tapi persoalanya disini, tidak penting siapa yang lebih dominan atau siapa yang kurang, tetapi yang penting dimana anda letakkan troli anda selepas digunakan? Fikir-fikirkanlah.



p/s: Sebab kat poster gambar troli jadi cakap pasal beli belah haha. Kalau dalam konteks lain pun boleh kira juga sebab tajuknya adalah kembali semula ke tempat asal.


0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com