Pages

Monday, 1 March 2010

Laguku untuk semua

Sebenarnya dah janji dengan kawan aku minggu lepas nak post lagu, sebenarnya nak post lagu lain. Tapi tiba-tiba malam ni mood lagu jiwang pulak adeih! Nanti-nanti post lagu lain tau haha. Ini lagu, tak tau anda pernah dengar ke tak lagu ini kat radio sebab kalau cari kat hot ke era memang tak ada, hitz lagi lah mustahil. Ini lagu lama biasalah orang-orang tua macam kakak/kak kechik whatever memang sentimental sikit. Lirik dah edit sikit untuk sesuaikan dengan kawan-kawan perempuan sebab ini lagu cinta. Tapi apa salahnya dedicate untuk kawan-kawan kan? Sama sahaja kawan pun kita rindu jugak, kalau cuti tu on ym je tak pun merepek kat buku muka.



Agak-agak lah kan, kalau ada orang nyanyi lagu ni dekat kamu, kamu suka tak? Tak faham lah kenapa aku suka kalau ada orang nyanyi khas untuk aku (ke semua orang memang suka?). Kalau main gitar sendiri lagi macam sial gembira, sungguh menghargai. Aku bukan macam Aizat "walau berjuta mendengar tapi lagu ini tetap untukmu". Aku tak boleh, kalau nak menyanyi, nyanyi untuk aku sorang je sebab aku memang demand, dan aku kedekut haha. Aku jarang mengamalkan sharing is caring tu, kalau bab ini aku memang selfish. Tapi Mr. Bake tak pandai-pandai lagi dah banyak kali belajar main gitar, ini gua hangin ni!



Saat bulan purnama bersinar
terangi malamku
teringat padamu
dan kukirimkan salam
serta rasa rinduku
bersama angin malam
ku setia menunggu
peluk erat hati ini
dan jagalah selalu
akanku dendangkan
lagu ini untukmu
dengarlah
dengarlah



Ingatlah saat kita bersama
semua terasa indah
bersedih dah tertawa kita tetap bersatu
kuatkanlah dinding hatimu
janji kita tak pernah terbagi
biar malam terus berganti
yakinlah kau tetap bungaku
genggam erat janji ku ini
kan kuciptakan damai untukmu
biar bulan terus berlalu
yakinlah kau tetap bungaku
yakinlah kau tetap milikku.




p/s: awat taste lagu aku pelik-pelik eh? Tak faham dengan diri sendiri~

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com