Anatomy SANGAT BANYAK kena baca.
Laptop tiba-tiba mati tanpa sebab yang munasabah (panas sangat kot).
Perut pulak tak selesa.
Laptop tiba-tiba mati tanpa sebab yang munasabah (panas sangat kot).
Perut pulak tak selesa.
Haih banyak betul dugaan bulan puasa ni. Anatomy tak kisah lah sangat sebab memang dah tau kena baca banyak. Tapi bila laptop mati rasa macam give up betul. Studi tanpa dengar lagu dari laptop sendiri rasa macam sia-sia je. Studi tapi otak asyik pikir pasal buah hati si laptop sayang kenapa buat hal ni jangan la macam ni aku nak exam esok ni. Mana nak sama dengar radio dengan dengar lagu sambil tengok video clip doug robb yang hensem menyanyi. Langsung tak sama. Dah la asyik pikir pasal nak balik je ni.
Lepastu telefon emak konon nak manja-manja lah tu eit Zue sedarla dah besar masih nak manja-manja lagi. Anak macam tu lah. Walau jauh mana pergi pun, walau tinggi mana terbang pun, walau belajar dekat hujung dunia pun, walau ada boyfriends pat lima orang siap spare tyre bagai (erk? haha), tetap balik dekat emak abah jugak kalau nak mengadu itu lah ini lah banyak tak habis baca lagi la, makanan dekat sini manyak msg la banyak garam la.
Dah siap pesan dekat emak nanti balik suruh emak masak macam-macam emak yang baik hati cuma pandai cakap OK je lain dia tak pandai dah. Maklumlah anak yang jauh dimata nak balik ini yang adik aku dengki sangat ni kalau aku balik haha. "Emak kalau kakak balik mesti masak macam-macam ada semua yang kakak nak. Kita duduk kat rumah pun mak masak biasa-biasa je" ayat dengki si adik.
Update dari rumah:
1. Zaim dah pandai jalan dengan betul dah. Tak leh jumpa kasut mesti nak pakai nak pergi main dekat luar (motif utama berkobar-kobar nak balik ni).
2. Emak dah plan nak pergi beli kuih raya Jumaat depan tunggu aku balik dan cuti sekolah baru semua pergi shopping (padahal semua baju dah siap tempah nak shopping apa lagi huhu emak ni nakal betul).
3. Aunty ajak buat Almond London (fav aku dan semua orang jugak) hoyeah sebab dia kata kalau beli mahal dan sikit jadi buat sendiri boleh makan puas-puas.
Bertabah!
1 thing 2 do 3 words 4 you
i love you
eh salah
1 paper more 2 go
ha baru betul
(-_-')
1 thing 2 do 3 words 4 you
i love you
eh salah
1 paper more 2 go
ha baru betul
(-_-')
p/s: Online dari laptop roomate sempat lagi update blog kantoi tak baca buku ni.