Pages

Thursday, 2 July 2009

Hasta la vista, baby - Versi II

“Pang” (Bagi penampar sebijik. Kalau agak-agak tak cukup bagi penumbuk sikit.)


“Kenapa tampar I?” Tanya Sham sambil pegang pipi.


“Itu hadiah khas untuk you sebab nak tinggalkan I”


“Chill Zue chill. I main-main je la. Jangan la ambil serius sangat”


“Apa? Benda macam ni you kata main-main? I tak kira, I nak putus jugak.” (Gaya tak peduli sebab memang tak kisah kalau putus pun)


“Zue, jangan la macam ni. I main-main je la. Jangan lah marah.” Nada pujuk rayu kasanova kelas satu Sham.


“I tak kira. You have no choice. Pergi la dekat perempuan-perempuan simpanan you tu. Kesian diorang ternanti-nanti you. Tak kuasa I nak berebut dengan perempuan-perempuan tu tau.”


“Okey. Kalau itu keputusan you. I terima. Tapi you jangan menyesal Zue.”


“Huh. No such way man. I atau you yang akan menyesal?”


“Bak sini balik bebear yang I bagi dekat you”


“What?” Gaya terkejut sangat, bangun dan ketuk meja.
“No way. Buruk siku tau. I dah bela dia 3 tahun. Bila dia dah pandai dah hensem you nak ambik dia balik? Are you out of your mind? Pergi workshop betulkan balik otak you tu. Selama ni ada you ambil tahu pasal dia? Ada you bawak dia pergi jalan-jalan? Ada you jaga makan minum dia? Tak ada kan? I yang buat semuat tu selama 3 tahun ni. Jadi jangan pernah mimpi nak ambil dia balik.”


“I tak kira.” Kata Sham sambil buat muka tak bleh blah.


“Okey. Kalau you nak dia jugak jumpa I kat mahkamah. Tunggu surat peguam I” Kata Zue sambil blah.


Eh kejap. Sejap bila aku pandai pakai peguam? Huhu..


Sekian.


P/s: Owh cerita 'hasta la vista' ni cerita rekaan sahaja ok jadi jangan ambil serius sangat. Kesian bebear kena masuk jadi pelakon jugak. Dah nampak kan bakat sebenar aku?
P/s/s: Hahaha sial puji diri sendiri.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com